NOTIS DATA PERIBADI DAN PRIVASI
AEON CO. (M) BHD. (126926-H) (“AEON”) menghormati dan menghargai privasi setiap individu dan berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda menurut kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”).
Notis Data Peribadi Dan Privasi ini adalah disediakan selaras dengan Akta tersebut sebagai sebahagian daripada usaha AEON dalam melindungi Data Peribadi anda. “Data Peribadi” yang digunapakaikan dalam Notis Data Peribadi Dan Privasi ini adalah mempunyai maksud dan erti yang sama dengan tafsiran terhadap perkataan ini dalam Akta tersebut.
Notis Data Peribadi Dan Privasi ini adalah terpakai kepada mana-mana individu yang Data Peribadi mereka diproses oleh AEON termasuk pelanggan-pelanggan, pekerja-pekerja, pembekal-pembekal dan penyewa-penyewa AEON.
- Notis Data Peribadi Dan Privasi ini menjelaskan bagaimana Data Peribadi anda diproses oleh AEON dan wakil atau ejen yang dibenarkan oleh AEON.
- Data Peribadi yang diproses oleh AEON mungkin merangkumi nama, butir-butir dan cara menghubungi, tarikh lahir, alamat e-mel dan apa-apa Data Peribadi anda lain yang diperlukan untuk tujuan sperti mana yang dinyatakan di bawah.
- Data Peribadi anda mungkin diperolehi oleh AEON daripada pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang telah diberikan oleh anda kepada AEON, maklumat daripada pihak ketiga dan/atau maklumat yang sedia ada dalam domain awam.
TUJUAN MENGUMPUL DATA PERIBADI
AEON mungkin mengumpul, menyimpan dan menggunapakai Data Peribadi anda untuk yang antara lainnya, bagi tujuan-tujuan berikut (“Tujuan tersebut”):-
- menyediakan anda dengan perkhidmatan yang diwujudkan di bawah perniagaan AEON;
- memproseskan permohonan anda bagi mana-mana program AEON;
- membekalkan anda dengan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti, program, produk, perkhidmatan-perkhidmatan, tawaran khas dan sebarang kemaskini terhadap maklumat;
- menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menambah baik aktiviti, program, produkdan perkhidmatan AEON termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan untuk simpanan rekod dan statistik;
- memenuhi obligasi-obligasi kontrak AEON;
- mewujudkan direktori, pangkalan data atau sistem teknologi maklumat untuk kegunaan dalaman AEON dan operasi perniagaan AEON;
- menyelesaikan sebarang pertanyaan dan aduan;
- pengambilan pekerja baru; dan
- bagi tujuan lain yang berkenaan atau lanjutan daripada operasi perniagaan harian dan dalaman AEON.
PENDEDAHAN
AEON mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada antara yang lain pihak-pihak berikut untuk Tujuan tersebut:-
- syarikat induk AEON, anak syarikat AEON dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan AEON;
- pemegang lessen daripada AEON, penganjur bersama, rakan kongsi perniagaan, ejen-ejen dan pembekal perkhidmatan AEON (termasuk yang berada di luar negara);
- mana-mana perbadanan atau pihak berkuasa;
- juruaudit dan penasihat-penasihat profesional;
- mana-mana pihak menurut kepada undang-undang semasa bahawa Data Peribadi tersebut dikehendakiuntuk:-
- mematuhi syarat-syarat atau keperluan daripada mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
- melindungi dan mempertahankan hak-hak dan harta AEON.
- pekerja-pekerja daripada syarikat induk AEON, anak syarikat AEON dan syarikat-syarikat yang berkaitandengan AEON; dan
- mana-mana pihak dan/atau perbadanan yang dianggap sesuai oleh AEON.
Pendedahan kepada pihak-pihak yang disebutkan di atas akan dilakukan pada masa Data Peribadi anda dikumpul atau bagi mana-mana sebab lain yang berhubungan secara langsung dengan Tujuan tersebut atau pada keadaan di mana pendedahan tersebut adalah dikehendaki atau dibenarkan oleh perintah Mahkamah ataupun undang-undang Malaysia meskipun pihak-pihak tersebut berada di luar negara pada ketika itu.
KESELAMATAN DATA PERIBADI
AEON akan berusaha untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi dalam simpanan adalah terkini dan dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan secara sengajah dan tanpa kebenaran, pengubahan atau kemusnahan.
Langkah-langkah pengawalan berkenaan tentang penyimpanan Data Peribadi anda mungkin akan kerap dikemaskinikan oleh AEON dan hanya pekerja AEON yang telah dilatih adalah dibenarkan untuk mengendalikan Data Peribadi anda.
PENYIMPANAN DATA PERIBADI
Sebarang Data Peribadi yang anda kemukakan kepada AEON akan disimpan untuk suatu tempoh masa yang dianggap sesuai oleh AEON untuk memenuhi Tujuan tersebut atau diperlukan untuk mematuhi undang-undang atau pertahanan kepentingan AEON (“Tempoh Simpanan”).
AEON akan mengambil segara langkah yang sewajarnya untuk memadamkan dan memusnahkan Data Peribadi anda selepas tamatnya Tempoh Simpanan ataupun selepas AEON memperhentikan pemprosesan Data Peribadi anda.
HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI
Selaras dengan Akta tersebut, anda adalah boleh memohon untuk mengakses kepada dan/atau mengubahsuai dan/atau mengemaskini Data Peribadi anda tertakluk kepada yang berikut:-
- membayar kepada AEON yuran pentadbiran yang mungkin akan dikenakan oleh AEON untuk memproseskan pemohonan anda; dan
- permohonan anda untuk mengakses ataupun pembetulan mungkin akan ditolak oleh AEON menurut kepada Akta tersebut.
PENAFIAN
- Setelah anda membekalkan Data Peribadi anda kepada AEON, anda telah membenarkan AEON untuk memproseskan Data Peribadi anda seperti yang dijelaskan sebelum ini (“Kebenaran tersebut”).
- AEON mungkin memperhentikan pemprosesan Data Peribadi anda dalam suatu masa tempoh yang munasabah selepas AEON menerima notis anda secara menulis untuk menarik balik Kebenaran
tersebut.
- Laman web AEON mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan AEON tidak akan
mempunyai sebarang kawalan ke atas Data Peribadi anda ataupun mana-mana maklumat yang telah diberikan kepada entiti yang lain selepas anda meninggalkan laman web AEON melalui pautan tersebut.
- Kebenaran pengunjung laman web AEON adalah dianggap telah diberikan secara sukarela terhadap mana-mana soalan, komen, cadangan dan infomasi selain daripada Data Peribadi anda yang dihantar atau dipaparkan di laman web AEON ataupun di mana-mana bahagian laman web tersebut dan yang sama adalah dianggap sebagai tidak sulit serta tidak melibatkan sebarang hak kepunyaan. AEON berhak untuk menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau memaparkan maklumat tersebut ke mana-mana tempat secara bebas termasuk menyerahkan maklumat tersebut ke syarikat yang berkaitan untuk pembangunan, penghasilan dan pemasaran produk dan perkhidmatan serta untuk memenuhi keperluan pelanggan.
- Sebarang penukaran, kemaskini atau pengubahan yang sedemikian akan diberitahu melalui surat, perkhidmatan mesej ringkas, paparan di laman web dan cara pemberitahuan lain yang dianggap sesuai oleh AEON.
- Sila ambil perhatian bahawa jikalau Data Peribadi anda yang diberikan kepada AEON adalah tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, AEON mungkin tidak akan menerima permohonan atau
permintaan anda untuk sebarang Tujuan tersebut.